Tahniah diucapkan kepada pengawal syarikat yang dipilih sebagai Peserta Terbaik secara keseluruhan pada Program Latihan CSG yang telah berlangsung di PULAPOL Kota Kinabalu dari 29 Mac hingga 3 April 2026.
Baca lebih lanjut
Program Latihan CSG yang telah berlangsung di PULAPOL Kota Kinabalu dari 29 Mac hingga 3 April 2026 berjaya dilaksanakan dengan lancar. Penyertaan wakil syarikat, Encik Joseu bin Johanis dari cawangan Keningau, amat membanggakan apabila beliau berjaya meraih anugerah peserta terbaik keseluruhan kursus. Kejayaan ini mencerminkan komitmen, disiplin serta kecemerlangan warga kerja syarikat dalam meningkatkan kemahiran dan profesionalisme diri. Pihak syarikat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berharap pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua kakitangan.

