MESYUARAT PERTENGAHAN TAHUN 2026

Mesyuarat Pertengahan Tahun telah diadakan pada 21 Jun 2026 di Kingfisher Hall, Beringgis Beach Resort & Spa. Mesyuarat ini merangkumi sesi semakan prestasi syarikat bagi separuh pertama tahun 2026, perbincangan mengenai perkembangan semasa serta isu-isu berbangkit yang melibatkan unit dan cawangan syarikat. Beberapa perkara berkaitan operasi dan perancangan syarikat turut dibincangkan.

Baca lanjut..

Penganjuran mesyuarat ini bertepatan dengan majlis perkahwinan Pengurus Besar syarikat, Sodic dan pasangannya, Rohana yang telah berlangsung pada 20 Jun 2026. Pengurus-pengurus cawangan Sabah dan Semenanjung Malaysia yang hadir telah disediakan penginapan di Beringgis Beach Resort & Spa sepanjang majlis dan mesyuarat tersebut berlangsung. Kehadiran warga syarikat bukan sahaja memeriahkan majlis tersebut, malah memberi kesempatan kepada mereka untuk beramah mesra dan menikmati suasana santai sebelum menghadiri Mesyuarat Pertengahan Tahun pada hari berikutnya. Majlis tersebut turut dihadiri oleh rakan-rakan industri daripada syarikat kawalan keselamatan lain, sekali gus mencerminkan hubungan profesional yang baik dan semangat silaturahim yang terjalin dalam industri.

Similar Posts