Profil Pengerusi

Pengerusi Berwibawa Dengan Lebih 30 Tahun Pengalaman Keselamatan

Biodata Tuan Haji Abdul Samat

Tuan Haji Abdul Samat merupakan seorang yang berpengalaman luas di dalam industri kawalan keselamatan sejak tahun 1990.

Setelah itu, beliau menubuhkan syarikat kawalan keselamatan bersama rakan-rakan daripada bekas pesara polis, tentera dan bekas pekerja syarikat kawalan keselamatan yang lain. Beliau memulakan perusahaan ini sebagai Pengarah Urusan syarikat di pejabat Alamesra yang kini telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Petagas. Selain itu, Tuan Haji Samat turut mempunyai pengalaman mengawasi dan memberi latihan kemahiran hidup kepada para banduan di Penjara Kajang.

Bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan keselamatan pelanggan, beliau mengadakan latihan menembak dan latihan pengawal yang lebih dikenali sebagai Certified Security Guard (CSG) di PULAPOL secara tetap. Selain itu, beliau turut mengambil inisiatif tambahan dengan menghadiri latihan keselamatan bersama Persekutuan Keselamatan Amerika Utara di Las Vegas, latihan di Universiti Mauritius, Afrika dan Royal Security di Bangkok, Thailand, serta kursus oleh Asia Security di Hanoi, Vietnam; Beijing, China; Tokyo, Jepun; dan Seoul, Korea.