Perkhidmatan Keselamatan Profesional
Dari pengawal tanpa senjata, pengawal bersenjata hingga Cash In Transit dan rondaan kediaman, kami membantu melindungi aset, kakitangan dan pelanggan di seluruh Malaysia.

Kawalan Keselamatan Statik Tanpa Senjata (Unarmed Guard)
Pengawal-pengawal keselamatan syarikat kami dipilih dengan cara yang sistematik dan teliti, tidak mempunyai rekod jenayah dan lulus tapisan keselamatan oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Mereka yang terpilih ini dilatih dan bersedia melaksanakan tugas kawalan keselamatan dengan penuh tanggungjawab dan berdisiplin.

Kawalan Keselamatan Bersenjata (Armed Guard)
Pemilihan untuk dilantik sebagai pengawal keselamatan bersenjata adalah melalui proses penelitian keterampilan perkhidmatan dalam kawalan keselamatan dan sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama setahun di dalam syarikat ini. Mereka akan dilatih dengan latihan khas dan latihan cara mengendali senjata api.

Perkhidmatan Kawal Iring Wang (Cash in Transit C.I.T)
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan membawa wang tunai dari premis ke bank / dari bank ke premis mengikut permintaan pelanggan. Perkhidmatan ini dilengkapi oleh beberapa orang pengawal termasuk pengendali wang dan dikawal oleh pengawal bersenjata. Perkhidmatan ini tersedia untuk di seluruh Malaysia termasuk kawasan pedalaman.

Rondaan Pemantauan Premis / Kediaman (Residential Patrol Team)
Dengan kadar harga yang berpatutan, orang awam berpeluang untuk mendapat perlindungan keselamatan ke atas rumah kediaman mereka. Pasukan peronda kami bersedia melaksanakan rondaan berjadual ke rumah kediaman pada setiap malam tanpa mengira cuaca bagi memastikan tiada cubaan pencerobohan dan kegiatan jenayah ke atas anda dan keluarga anda.

Bilik Kebal untuk Penyimpanan Barangan Berharga / Wang Tunai
Perkhidmatan bilik kebal untuk penyimpanan wang tunai mahupun barangan berharga. Bilik kebal kami dilengkapi dengan kamera litar tertutup, sistem penggera dan dikawal sepenuhnya oleh pengawal bersenjata yang ditugaskan.
