Program Hari Keluarga ORSS Zon Pedalaman telah berlangsung dengan lancar pada 19 September 2026 di Tiunung Riverside Camp, Bandukan, Keningau. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi mengeratkan silaturahim, serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan warga ORSS.
Baca lebih lanjut..
Program ini telah dilaksanakan dengan peruntukan bajet daripada pihak HQ yang telah diluluskan oleh Tuan Pengerusi, merangkumi kos makan minum dan sewaan tempat. Turut hadir ialah beberapa orang kakitangan HQ yang mewakili pihak pengurusan dalam program tersebut. Mereka turut bersama-sama dalam sesi makan dan aktiviti yang telah disediakan sepanjang program berlangsung.


























