Tahniah kepada semua pengawal keselamatan syarikat yang telah berjaya menamatkan Program Latihan CSG Bil. 10 Siri 10/2026 di PULAPOL Kota Kinabalu dari 04 hingga 09 Oktober 2026. Syabas turut diucapkan kepada pengawal keselamatan syarikat yang dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Latihan Luar atas pencapaian cemerlang sepanjang latihan.
Baca lebih lanjut..
Program Latihan Certified Security Guards (CSG) Bil. 10 Siri 10/2026 anjuran Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu telah melabuhkan tirainya dengan pencapaian membanggakan apabila Mohd Fauzie Shamsuri daripada ORSS Security Sdn. Bhd. berjaya dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Latihan Luar. Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi dan disiplin warga ORSS dalam memperkukuhkan kompetensi serta kualiti perkhidmatan keselamatan. Pihak syarikat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mohd Fauzie Shamsuri atas pencapaian yang amat membanggakan ini.




