Pihak syarikat telah mengadakan majlis ringkas bagi meraikan perpisahan pelajar latihan industri yang telah menamatkan tempoh latihan selama dua bulan pada 26 September 2026. Majlis ini turut menjadi tanda penghargaan pihak syarikat atas komitmen dan prestasi cemerlang beliau sepanjang menjalani latihan industri.
Baca lebih lanjut
Sebagai tanda penghargaan, beliau telah menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pengarah syarikat, Cik Raihana Medena. Pihak syarikat turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh menjalani latihan industri, serta mendoakan agar beliau terus berjaya dan dipermudahkan dalam setiap langkah serta usaha pada masa akan datang. Majlis ini turut diserikan dengan sambutan hari lahir kakitangan syarikat yang dilahirkan pada bulan September.



