Tentang Orion Rigel Stars Security
Ditubuhkan di Kota Kinabalu dengan kelulusan KDN dan rangkaian cawangan Sabah, Sarawak & Semenanjung, kami menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan yang dipercayai untuk kerajaan dan sektor komersial di seluruh Malaysia.
Syarikat Orion Rigel Stars Security ditubuhkan pada 9 April 2009 di Kota Kinabalu, Sabah. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.
Syarikat ini telah berjaya memperoleh kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 24 Januari 2011 untuk menjalankan agensi persendirian di bawah bidang perkhidmatan kawalan keselamatan. Operasi syarikat bermula sepenuhnya setelah lesen perniagaan dikeluarkan pada 21 April 2011.
Selain itu, syarikat ini juga telah disahkan sebagai salah sebuah ahli Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) pada 29 September 2011. Pada masa kini, terdapat 315 orang anggota pengawal keselamatan yang berkhidmat di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta sektor korporat yang lain.
