Aktiviti Syarikat
Ditubuhkan di Kota Kinabalu dengan kelulusan KDN dan rangkaian cawangan Sabah, Sarawak & Semenanjung, kami menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan yang dipercayai untuk kerajaan dan sektor komersial di seluruh Malaysia.
Mesyuarat
Bagi mengekalkan mutu perkhidmatan di aras yang terbaik dan memperbaiki setiap inchi kelemahan, kami akan mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi peringkat cawangan dan enam bulan sekali untuk peringkat negeri iaitu meliputi seluruh cawangan di Malaysia.

Mesyuarat bersama pelanggan juga kerap kali kami anjurkan, bagi memupuk hubungan baik disamping itu mendengar keluhan dan masalah yang berlaku ketika mahu pun sebelum perkhidmatan dijalankan. Kami sangat menggalakkan perjumpaan seperti ini kerap diadakan bagi mengetahui isu-isu semasa di lokasi jagaan kami dan dapatlah juga bertukar pendapat diantara pihak pelanggan dan pihak syarikat bagi memperbaiki sistem kawalan di lokasi tersebut.
Kursus & Latihan
Pengawal yang kami pilih dan telah melalui proses tapisan keselamatan K.D.N akan kami hantar ke kursus-kursus yang berkait dengan bidang keselamatan termasuklah kursus CSG di Pulapol Kota Kinabalu. Ini bertujuan agar pengawal yang berkhidmat di syarikat kami adalah pengawal yang terampil dan berkemahiran yang mampu menggalas tanggungjawab dilapangan.

Latihan Menembak
Latihan menembak adalah latihan yang wajib kami anjurkan setiap tahun bagi memperbaharui lesen C&U disamping itu juga memberi pendedahan kepada pengawal keselamatan bersenjata cara pengendalian senjata dengan betul. Kursus ini diadakan di lapang sasar menembak P.D.R.M dan dilatih oleh jurulatih dari Unit Persenjataan PDRM.
Kursus & Latihan
Anggota pengawal yang terpilih dan bakal ditugaskan ke lapangan diberikan penerangan berkenaan disiplin, skop kerja, cara komunikasi yang berkesan dan cara pemakaian. Pada hari tersebut juga kami mengagihkan peralatan seragam dan sebagainya.


Pemeriksaan & Penyelenggaraan
Penyelenggaraan kenderaan akan dilakukan setiap hari sebelum memulakan tugasan yang melibatkan pergerakan jauh mahupun dekat bagi memastikan keadaan kenderaan baik dan selamat untuk digunakan. Perkhidmatan yang memerlukan khidmat berkenderaan seperti rondaan, CVIT, escort dan lain-lain.
Pemeriksaan & Penyelenggaraan Senjata
Kami juga melakukan penyelenggaraan senjata api yang berjadual dan sistematik demi menjaga kompenan senjata dari berkarat dan memastikan senjata selamat untuk digunakan.


Pemeriksaan Berkala Bilik Kebal
Bagi memastikan bilik kebal, peti simpanan besi dan senjata api mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pihak PDRM melakukan pemeriksaan rambang pada setiap tahun ke semua pejabat cawangan kami di seluruh Malaysia.
Aktiviti Sosial & Riadah
Kami juga aktif dalam program kemasyarakatan. Gambar kenang-kenangan bersama pasukan Ibu Pejabat Polis Sandakan dalam program Majlis Qurban yang diadakan di perkarangan Masjid IPD Sandakan. Agihan daging qurban dibuat di pejabat ORS Cawangan Sandakan dan diserahkan kepada semua anggota pengawal di cawangan Sandakan dan Beluran.












